Wednesday, August 27, 2008

ISU BENDERA TERBALIK

Setiap tahun pada bulan Ogos kita menyambut hari kemerdekaan yang mana kita akan pasang bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. perayaan hari kemerdekaan disambut dengan meriah sekali oleh semua peringkat masyarakat berbagai kaum. termasuklah aku sekali. dulu aku begitu bersemangat hingga sanggup beli beratus bendera dan upah orang pasangnya di kampung aku. tetapi sekarang aku macam takde mood nak sambut bulan kemerdekaan tahun ni. mungkin sebab terlalu banyak isu dan kejadian yang berlaku dalam tahun ini yang menyerabutkan kepala aku dari isu PRU12, kes Altantuya, isu KJ, isu minyak, pemilihan UMNO, isu sumpah laknat dan isu pilihanraya kecil Permatang Pauh. semuanya memeningkan.

Ada satu malam tu masa aku tengah tengok berita aku ternampak kat KL ada yang pasang bendera Malaysia terbalik. berita tu jadi hangat dan banyak yang mengkritik perbuatan itu. semua temubual yang dipaparkan menyatakan ketidaksetujuan tentang perbuatan itu. pada aku, isu bendera terbalik ini ada positif dan negatifnya. ianya bergantung pada niat dan tujuan sebenar pelakunya. jika perbuatan menaikkan bendera Malaysia secara terbalik akan menyedarkan pemimpin negara bahawa akan kesilapan mereka dan membetulkannya maka itu adalah perkara yang harus dibuat. tetapi jika melakukannya kerana suka-suka dan hendak mencetuskan huru-hara itu adalah pengkhianatan yang kurang ajar namanya. setiap perbuatan yang kita hendak lakukan mestilah kita faham betul maksud dan tujuannya. bukan sekadar ikutan semata.

Aku tidak menyatakan sokongan terhadap isu ini tetapi sekadar meluahkan pendapat yang ikhlas sahaja. secara lojiknya adalah tidak wajar menaikkan bendera Malaysia secara terbalik. tidak hormat namanya. ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dan aku percaya dengan cara perundingan dan muhasabah. dan bukan dengan cara konfrantasi. masing-masing ada cara yang tersendiri, terpulanglah kepada kita untuk memikirkannya.

Terima Kasih Kerana Memasuki Blog Ini..

Fikir, Renung, Hayati Perjuangan Ini...