Monday, May 5, 2008

Sangka Intan Rupanya Kaca

Pertambahan pembangkang dalam arena pentadbiran negara dianggap sebagai suatu yang positif oleh beberapa pihak. Tahniah diucapkan pada rakyat Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kerana memilih pembangkang iaitu ADIL, DAP dan PAS. Tetapi bak kata perpatah melayu "ku sangka kan intan tetapi rupanya kaca". Di Selangor, sebaik sahaja memegang pemerintahan kerajaan negeri Selangor beberapa keputusan dibuat untuk kemajuan negeri dan rakyat Selangor. Antaranya ialah kelulusan pembinaan kandang babi berteknologi tinggi di Sepang yang menarik perhatian banyak pihak. Kosnya pula mencecah hingga RM 100 juta pulak tu. Mesti banyak babi dapat diternak di Sepang. Lepas ni boleh la Kerajaan Selangor eksport babi ke luar negara. Banyak dapat untung tu. Baru2 ini Menteri Besar Selangor umumkan cukai taksiran harta takkan diturunkan. Padahal masa PRU 12, berkobar2 membentangkan manifesto. Sekarang tak boleh buat. macamana? Dulu kata Kerajaan BN tak betul, sekarang siapa yang tak betul. Apapun tahniah kepada rakyat Selangor kerana dapat kerajaan baru yang "efisyen".
Di Perak pula, situasinya berbeza sikit. Yang jadi Menteri Besar adalah dari PAS tetapi DAP yang besar kepala. Awal2 lagi DAP dah tunjuk belang masa perlantikan Menteri Besar. Nak boikot majlis perlantikan Menteri Besar yang dipilih Sultan. Sekarang nak mempertikaikan Sultan pulak pasal kes penarikan balik arahan pertukaran pengarah JAIP. MB Perak dah minta maaf pada Sultan, betul la tindakan dia tu. Sebagai seorang rakyat Perak mestilah taat pada Sultan. Jadi, kenapa DAP mesti masuk campur. Ini adalah hal berkaitan agama islam dan adat istiadat Negeri Perak. Jangan bermain politik yang kurang ajar begini. Sultan adalah kedaulatan orang Melayu, jadi kepada orang Melayu Perak... renung2 la. Apapun tahniah kepada rakyat Perak kerana memilih pembangkang dan bernasib baik kerana ada Sultan.
Juga tidak lupa kepada rakyat Pulau Pinang yang lebih "bernasib baik" kerana dapat kerajaan DAP. Berbakul2 tahniah diucapkan di atas pilihan yang tepat oleh rakyat Pulau Pinang terutamanya orang Melayu Pulau Pinang yang memilih DAP sebagai pemerintah yang mana hadiahnya ialah orang Melayu kini terpaksa meminta2 di negeri sendiri. Tahniah diucapkan. Aku pun tak tahu apa yang orang UMNO Pulau Pinang buat. Jangan asyik sangat dengan harta dan kuasa sampai lupa bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung.
Wahai saudara2 ku, bukan senang nak membina negara, bukan senang nak perintah negara dan bukan senang nak membangun negara. Aku akui ada banyak cacat cela dalam pemerintahan Kerajaan BN. Kita betulkan sama2 cacat cela itu. Janganlah kerana nyamuk seekor, kita bakar satu kelambu. Kita dah bagi mesej yang jelas pada Kerajaan BN dalam PRU 12. Dan aku rasa kerajaan dah sedar kesilapannya. Sekarang kita bantu sama2 untuk bangunkan negara. Dan aku harap kepercayaan rakyat akan dikembalikan pada Kerajaan BN dalam PRU 13 nanti. Hang Tuah pernah berkata " takkan Melayu hilang di dunia". Tetapi saudaraku, hilang atau tidak Melayu bergantung pada kita. Bangsa Melayu itu sendiri. Sedarlah saudara seagamaku sebangsaku. Semoga Allah merahmati perjuangan ini. Amin.

Terima Kasih Kerana Memasuki Blog Ini..

Fikir, Renung, Hayati Perjuangan Ini...