Wednesday, August 27, 2008

ISU BENDERA TERBALIK

Setiap tahun pada bulan Ogos kita menyambut hari kemerdekaan yang mana kita akan pasang bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. perayaan hari kemerdekaan disambut dengan meriah sekali oleh semua peringkat masyarakat berbagai kaum. termasuklah aku sekali. dulu aku begitu bersemangat hingga sanggup beli beratus bendera dan upah orang pasangnya di kampung aku. tetapi sekarang aku macam takde mood nak sambut bulan kemerdekaan tahun ni. mungkin sebab terlalu banyak isu dan kejadian yang berlaku dalam tahun ini yang menyerabutkan kepala aku dari isu PRU12, kes Altantuya, isu KJ, isu minyak, pemilihan UMNO, isu sumpah laknat dan isu pilihanraya kecil Permatang Pauh. semuanya memeningkan.

Ada satu malam tu masa aku tengah tengok berita aku ternampak kat KL ada yang pasang bendera Malaysia terbalik. berita tu jadi hangat dan banyak yang mengkritik perbuatan itu. semua temubual yang dipaparkan menyatakan ketidaksetujuan tentang perbuatan itu. pada aku, isu bendera terbalik ini ada positif dan negatifnya. ianya bergantung pada niat dan tujuan sebenar pelakunya. jika perbuatan menaikkan bendera Malaysia secara terbalik akan menyedarkan pemimpin negara bahawa akan kesilapan mereka dan membetulkannya maka itu adalah perkara yang harus dibuat. tetapi jika melakukannya kerana suka-suka dan hendak mencetuskan huru-hara itu adalah pengkhianatan yang kurang ajar namanya. setiap perbuatan yang kita hendak lakukan mestilah kita faham betul maksud dan tujuannya. bukan sekadar ikutan semata.

Aku tidak menyatakan sokongan terhadap isu ini tetapi sekadar meluahkan pendapat yang ikhlas sahaja. secara lojiknya adalah tidak wajar menaikkan bendera Malaysia secara terbalik. tidak hormat namanya. ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dan aku percaya dengan cara perundingan dan muhasabah. dan bukan dengan cara konfrantasi. masing-masing ada cara yang tersendiri, terpulanglah kepada kita untuk memikirkannya.

Tuesday, July 15, 2008

Pendapat Aku Tentang Artikel "PAS kaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat"

Pada hari ahad yang lepas sedang aku berehat dirumah, aku terpandang akan suratkhabar yang dibeli pagi tadi. apabila aku melihat muka depannya aku jadi tertarik dengan tajuk yang dipaparkan, "PAS kaji kedudukan dalam Pakatan Rakyat". disini aku sertakan artikel tersebut.
"KUALA LUMPUR 12 Julai – Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP semakin retak apabila Pas dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang itu.
Difahamkan langkah Pas tersebut berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutamanya tindak-tanduk PKR dan DAP yang dilihat sering membelakangi Pas dalam membuat keputusan.
Malah menurut sumber, usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu Pas.
Turut mendorong Pas mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat ialah timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang melihat pakatan berkenaan hanya memperalatkan Pas bagi mendapat kuasa tetapi tidak menghargai sumbangan mereka selepas pilihan raya.
Ini jelas apabila di Perak dan Selangor, PKR dikatakan hanya ‘berkongsi’ dengan DAP dalam membuat keputusan biarpun Pas turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Mingguan Malaysia diberitahu, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.
Selain itu, demi perpaduan Melayu dan kepentingan Islam, Pas juga telah memberi ‘amaran’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak menghalang sebarang usaha untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.
Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.
Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.
Kenyataan itu menurut sumber parti berkenaan, secara jelas membuktikan bahawa Pas tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua atau pemimpin utama Pakatan Rakyat.
‘‘Abdul Hadi membuat kenyataan berkenaan kerana melihat Anwar acap kali menonjolkan diri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat sedangkan tidak pernah ada kesepakatan berhubung perkara itu.
“Bagi Pas, kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kerjasama kolektif dan bukannya sesiapa menjadi ketua,’’ kata sumber berkenaan ketika dihubungi.
Mingguan Malaysia juga difahamkan, ketegasan Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah berikutan desakan kuat generasi muda Pas yang beranggapan kehadiran parti itu dalam pakatan berkenaan hanya membantutkan usaha mereka memperjuangkan Islam.
Selain itu, mereka berpendapat, Pas perlu mengadakan rundingan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan Islam yang kini dikatakan semakin tergugat.
“Beberapa pemimpin Pemuda Pas juga sudah menyuarakan hal ini dengan lantang, mereka tidak mahu Pas terlalu hendak mengejar kuasa sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam,’’ kata sumber itu lagi.
Pas juga kata sumber itu, yakin jika mereka hendak mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO dan bukannya bersama PKR.
“Ini bukan bermaksud Pas akan bergabung dalam BN atau sebaliknya tetapi sekadar bermuzakarah bagi mencari titik persamaan dalam memperjuangkan kedua-dua perkara berkenaan,’’ kata sumber itu."
artikel ini mungkin akan jadi pemangkin kepada penyatuan PAS dan UMNO. kerana aku amat berharap PAS dan UMNO akan bersatu kerana kedua-dua parti ini mempunyai matlamat perjuangan yang sama cuma kaedah yang berbeza. yang aku lihat yang boleh memperjuangkan melayu dan islam di Malaysia ini hanya dua parti ini sahaja. PKR yang dikatakan memperjuangkan keadilan tidak layak bercakap tentang islam sehingga perkara DSAI diselesaikan. DAP pula jauh sekali, siap beri amaran bahawa jangan mimpi PAS nak tubuhkan negara islam di Malaysia. dan jika ditakdirkan dua parti ini bersatu bukan mimpi lagi untuk mewujudkan keterbilangan melayu dan islam di Malaysia. Amin.

Monday, May 5, 2008

Sangka Intan Rupanya Kaca

Pertambahan pembangkang dalam arena pentadbiran negara dianggap sebagai suatu yang positif oleh beberapa pihak. Tahniah diucapkan pada rakyat Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kerana memilih pembangkang iaitu ADIL, DAP dan PAS. Tetapi bak kata perpatah melayu "ku sangka kan intan tetapi rupanya kaca". Di Selangor, sebaik sahaja memegang pemerintahan kerajaan negeri Selangor beberapa keputusan dibuat untuk kemajuan negeri dan rakyat Selangor. Antaranya ialah kelulusan pembinaan kandang babi berteknologi tinggi di Sepang yang menarik perhatian banyak pihak. Kosnya pula mencecah hingga RM 100 juta pulak tu. Mesti banyak babi dapat diternak di Sepang. Lepas ni boleh la Kerajaan Selangor eksport babi ke luar negara. Banyak dapat untung tu. Baru2 ini Menteri Besar Selangor umumkan cukai taksiran harta takkan diturunkan. Padahal masa PRU 12, berkobar2 membentangkan manifesto. Sekarang tak boleh buat. macamana? Dulu kata Kerajaan BN tak betul, sekarang siapa yang tak betul. Apapun tahniah kepada rakyat Selangor kerana dapat kerajaan baru yang "efisyen".
Di Perak pula, situasinya berbeza sikit. Yang jadi Menteri Besar adalah dari PAS tetapi DAP yang besar kepala. Awal2 lagi DAP dah tunjuk belang masa perlantikan Menteri Besar. Nak boikot majlis perlantikan Menteri Besar yang dipilih Sultan. Sekarang nak mempertikaikan Sultan pulak pasal kes penarikan balik arahan pertukaran pengarah JAIP. MB Perak dah minta maaf pada Sultan, betul la tindakan dia tu. Sebagai seorang rakyat Perak mestilah taat pada Sultan. Jadi, kenapa DAP mesti masuk campur. Ini adalah hal berkaitan agama islam dan adat istiadat Negeri Perak. Jangan bermain politik yang kurang ajar begini. Sultan adalah kedaulatan orang Melayu, jadi kepada orang Melayu Perak... renung2 la. Apapun tahniah kepada rakyat Perak kerana memilih pembangkang dan bernasib baik kerana ada Sultan.
Juga tidak lupa kepada rakyat Pulau Pinang yang lebih "bernasib baik" kerana dapat kerajaan DAP. Berbakul2 tahniah diucapkan di atas pilihan yang tepat oleh rakyat Pulau Pinang terutamanya orang Melayu Pulau Pinang yang memilih DAP sebagai pemerintah yang mana hadiahnya ialah orang Melayu kini terpaksa meminta2 di negeri sendiri. Tahniah diucapkan. Aku pun tak tahu apa yang orang UMNO Pulau Pinang buat. Jangan asyik sangat dengan harta dan kuasa sampai lupa bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung.
Wahai saudara2 ku, bukan senang nak membina negara, bukan senang nak perintah negara dan bukan senang nak membangun negara. Aku akui ada banyak cacat cela dalam pemerintahan Kerajaan BN. Kita betulkan sama2 cacat cela itu. Janganlah kerana nyamuk seekor, kita bakar satu kelambu. Kita dah bagi mesej yang jelas pada Kerajaan BN dalam PRU 12. Dan aku rasa kerajaan dah sedar kesilapannya. Sekarang kita bantu sama2 untuk bangunkan negara. Dan aku harap kepercayaan rakyat akan dikembalikan pada Kerajaan BN dalam PRU 13 nanti. Hang Tuah pernah berkata " takkan Melayu hilang di dunia". Tetapi saudaraku, hilang atau tidak Melayu bergantung pada kita. Bangsa Melayu itu sendiri. Sedarlah saudara seagamaku sebangsaku. Semoga Allah merahmati perjuangan ini. Amin.

Terima Kasih Kerana Memasuki Blog Ini..

Fikir, Renung, Hayati Perjuangan Ini...